Informasi Permainan Video Terkini
Rekaan Watak Cloud Dari Final Fantasy VII Remake Diubah

Rekaan Watak Cloud Dari Final Fantasy VII Remake Diubah

Diterbitkan pada Feb 8, 2018 oleh .

Setelah sekian lama kita tidak dihidangkan sebarang berita dan informasi tambahan berkenaan permainan Final Fantasy VII Remake, kini seperti dilaporkan oleh Gematsu, tampaknya rekaan watak utama permainan Final Fantasy VII, Cloud Strife diubah dengan rekaan baru.

Menurut laporan tersebut, rekaan baru watak Cloud dipamerkan ketika sesi rancangan bual bicara Final Fantasy “Farewell Stories” sempena ulang tahun Final Fantasy yang ke-30 di Tokyo Jepun. Ketika acara tersebut Square-Enix mempamerkan empat paparan skrin baru bagi permainan Final Fantasy VII Remake yang mana ia dilaporkan mempunyai rekaan baru bagi watak Cloud bersama watak-watak lain seperti Biggs, Wedge dan Jessie.

Dukacitanya, paparan skrin tersebut tidak dipaparkan buat awam dan Square-Enix juga mungkin tidak akan mempamerkan dalam masa terdekat secara atas-talian.

Seperti anda, kami di Aksiz juga sangat teruja dengan pengumuman permainan ini ketika E3 2015 lepas, namun dengan pelbagai perubahan yang dilakukan, permainan ini mungkin masih memerlukan masa lagi untuk dibangunkan. Walaubagaimana pun, pada Januari lepas, penerbit permainan tersebut Yoshinori Kitase menyatakan bahawa permainan tersebut di dalam proses pembangunan dan berjalan dengan sangat lancar.

Tampaknya kita masih perlu menanti sebarang pengumuman yang bakal diumumkan oleh Square-Enix kelak. Seperti biasa, kami di Aksiz akan berkongsi apabila Square-Enix berkongsi sebarang pengumuman bagi permainan tersebut.