Informasi Permainan Video Terkini
Razer Mengumumkan Penajaan Pasukan Liga Overwatch Seoul Dynasty

Razer Mengumumkan Penajaan Pasukan Liga Overwatch Seoul Dynasty

Diterbitkan pada Feb 7, 2018 oleh .

Razer hari ini mengumumkan mereka akan menaja pasukan Liga Overwatch Seoul Dynasty yang merupakan antara pasukan kegemaran untuk menjuarai Liga Overwatch yang sedang berlangsung sekarang dan juga perjanjian kerjasama selama 2 tahun bersama dengan KSV eSports yang bertanggungjawab mengurus Seoul Dynasty.

Melalui penajaan ini, Razer akan menyediakan tetikus, papan kekunci, fon telinga dan juga surfaces untuk KSV eSports dan juga Seoul Dynasty. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Razer Min-Lian Tan, membantu organisasi dan juga pemain mencapai tahap yang seterusnya adalah sesuatu yang sering menjadi fokus untuk Razer.

Ketua Pegawai Eksekutif KSV eSports Kevin Chou mengatakan melalui kerjasama ini pemain mereka akan menerima peralatan yang berkualiti untuk meneruskan kejayaan organisasi mereka. Kami di Aksiz mengucapkan tahniah untuk Seoul Dynasty dan juga KSV eSports.


TIPS & ULASAN