Informasi Permainan Video Terkini
Pencipta Siri TV Game of Thrones Akan Menulis dan Menerbit Siri Filem Baru Untuk Star Wars

Pencipta Siri TV Game of Thrones Akan Menulis dan Menerbit Siri Filem Baru Untuk Star Wars

Diterbitkan pada Feb 7, 2018 oleh .

Melalui laman rasmi Star Wars, Lucasfilm mengumumkan David Benioff dan D.B. Weiss akan menulis dan menerbit siri filem baru untuk Star Wars. Siri filem adalah berasingan dari siri filem Skywalker dan juga siri filem baru yang akan dibangunkan oleh Rian Johnson.

David Benioff dan D.B. Weiss dikenali ramai kerana mereka adalah pereka siri TV Game of Thrones yang berdasarkan kepada novel penulisan George R. R. Martin.

Presiden Lucasfilm Kathleen Kennedy mengatakan yang David dan Dan (D.B Weiss) merupakan antara pencerita yang terbaik sekarang. Kebolehan mereka menghasilkan watak yang rumit, cerita yang mendalam dan kaya dengan mitologi akan membawa siri Star Wars ke tahap yang baru.

Walaupun kami teruja dengan pengumuman ini tetapi terlalu banyak benda yang bagus bukan juga sesuatu yang baik. Setakat ini Disney ataupun Lucasfilm mengeluarkan siri Star Wars setiap tahun, tetapi menggunakan spin-off seperti Solo pada tahun ini dan sambungan kepada The Last Jedi tahun hadapan.

Selepas berakhir siri Skywalker, kemungkinan besar star wars akan ditayangkan bergilir di antara siri yang dibangunkan oleh Rian Johnson dengan siri dari David dan D.B Weiss ini. Game of Thrones musim terakhir akan ditayangkan pada tahun hadapan, dijangkakan selepas itu baru lebih banyak maklumat mengenai siri Star Wars ini akan dikeluarkan.


TIPS & ULASAN