Brawlout adalah permainan inspirasi daripada Super Smash Bros yang popular pada konsol-konsol keluaran Nintendo. Ia asalnya dilancarkan di PC melalui Steam dan di Nintendo Switch secara digital pada Disember lepas. Kini, Angry Mob Games mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan tersebut secara fizikal bermula Mei ini.
Dengan permainan yang memfokuskan pertempuran seakan permainan Super Smash Bros., ini merupakan alternatif yang menarik bagi mereka yang ingin bermain permainan sedemikian di konsol hibrid Nintendo Switch. Pada Ogos lepas, Angry Mob Games juga mengumumkan watak Hyper Light Drifter boleh dimainkan di permainan tersebut.
Menurut Angry Mob Games, permainan tersebut akan boleh dipra-tempah di kedai atas talian Signature Edition Games dengan harga $29.99(~RM118).