Skip to main content

Brawlout adalah permainan inspirasi daripada Super Smash Bros yang popular pada konsol-konsol keluaran Nintendo. Permainan ini telah ditawarkan dalam bentuk akses awal di Steam sejak daripada 20 April yang lepas. Kini, Angry Mob Games mengumumkan mereka akan melancarkan permainan ini untuk Nintendo Switch sekitar penghujung tahun ini. Sebelum ini, mereka juga telah mengumumkan yang mana permainan ini bakal tiba di Playstation 4 dan juga Xbox One.

Angry Mob Games juga mengumumkan watak tetamu tambahan untuk permainan Brawlout iaitu Hyper Light Drifter dari permainan Hyper Light Drifter sebagai watak yang boleh dimainkan oleh pemain. Hyper Light Drifter bakal mempunyai segala serangan kombinasi seperti pada permainan asalnya. Anda boleh menonton trailer watak Hyper Light Drifter dibawah.

Anda juga boleh mendapat permainan ini di Steam sekarang pada berharga RM19 bersempena dengan promosi pengumuman watak terbaru tersebut.

[download] Steam : Brawlout [/download]

Leave a Reply