Dengan tiba bulan Februari, Techland pembangun permainan zombi dunia terbuka Dying Light mengumumkan pelbagai kandungan baru buat permainan tersebut bersempena dengan ulang tahun ke-3 permainan Dying Light.

Di dalam video tersebut, Techland mengucapkan terima kasih buat peminat kerana memberi sokongan sepanjang tiga tahun sejak permainan tersebut dilancarkan.

Menurut Techland, bersempena dengan ulang tahun tersebut, mereka akan menyertakan pelbagai kandungan bagi permainan tersebut sepanjang bulan ini. Antara kandungannya adalah misi komuniti baru, barangan diskaun dan juga pemberian hadiah setiap minggu. Kesemua kandungan tersebut akan diumumkan secara berperingkat sepanjang minggu ini.

Dengan pengumuman ini, Techland tampaknya akan terus menyokong permainan tersebut dengan menyertakan pelbagai kandungan bagi permainan itu. Dengan penyertaan kandungan percuma secara setiap bulan, ia sememangnya akan membuat pemain akan terus bermain permainan tersebut.

Dying Light merupakan permainan aksi penembak pandang pertama yang memfokuskan dunia terbuka dengan pertempuran dengan zombi. Ia dibangunkan oleh Techland dan diterbitkan oleh Warner Bros Interactive Entertainment buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini