Informasi Permainan Video Terkini
Dying Light Gun Silencer – Kandungan Percuma Buat Permainan Dying Light
PC

Dying Light Gun Silencer – Kandungan Percuma Buat Permainan Dying Light

Diterbitkan pada Dis 19, 2017 oleh .

Julai lepas, Techland menjanjikan kandungan pernambahan DLC bagi permainan Dying Light bakal tiba secara percuma. kini kandungan seterusnya tiba buat permainan Dying Light. Kandungan ini boleh dimuat-turun bagi konsol Playstation 4, Xbox One dan PC secara percuma.

Kandungan terbaru yang diumumkan oleh Techland adalah senjata baru, pistol Gun Silencer iaitu sebuah alat penyenyap senjata yang mana ia boleh dimuat-turun hari ini. Penyenyap senjata tersebut boleh digunakan untuk menembak zombi tanpa mengeluarkan sebarang bunyi, sekaligus ia memberi pemain kemudahan untuk menempur dan mengembaraan di dalam permainan Dying Light. Bagi mereka yang memuat-turun kandungan tersebut, mereka boleh mendapatkan blueprint penyenyap senjata tersebut di lokasi quartermaster permainan.

Kandungan ini merupakan kandungan kedua yang dijanjikan oleh Techland buat permainan Dying Light yang mana mereka sebelum ini mengumukan 10 kandungan percuma bakal tiba di permainan tersebut.

Dying Light merupakan permainan aksi penembak pandang pertama yang memfokuskan dunia terbuka dengan pertempuran dengan zombi. Ia dibangunkan oleh Techland dan diterbitkan oleh Warner Bros Interactive Entertainment.


TIPS & ULASAN