Bagi anda yang menanti kisah penceritaan watak terkenal dari siri Star Wars, Han Solo, Lucasfilm hari ini mempertontonkan trailer acah pertama bagi filem Solo: A Star Wars Story.
Solo: A Star Wars Story akan memfokuskan watak Han Solo yang masih muda dimana beliau akan mengembara bersama Chewbacca dan juga Lando Calrissian. Filem ini merupakan filem antologi kedua selepas filem Rogue One: A Star Wars Story.
Di dalam trailer acah tersebut, tampaknya ia akan menyertakan pelbagai jenis aksi lagak perjuangan kapal angkasa ikonik, Millenium Falcon yang mempunyai rekaan yang masih baru. Sebagai peminat Star Wars, kami juga tidak sabar untuk menontonnya kelak apabila ia ditayangkan bermula 25 Mei tahun ini.