Sistem DRM digunakan bagi mengelakkan permainan video dicetak rompak secara mengkhinzir buta. Denuvo ialah antara yang paling popular digunakan dan pernah dikatakan kalis pintasan. Namum seperti kesemua sistem DRM yang wujud sebelumnya, Denuvo berjaya dikalahkan. Terkini kesemua sistem DRM yang digunakan oleh Assassin’s Creed Origins akhir berjaya dipintas.

Pengumuman dilakukan menerusi laman Reddit. AC : Origins yang dilancarkan sejak Oktober tahun lalu menggunakan kombinasi Denuvo, VMProtect dan Uplay bagi mengalahkan pencetak rompak. Tetapi jelas sekali kumpulan pencetak rompak gigih memintas kesemua sistem yang digunakan.

Sohor Kini