Powerbank Berbentuk Pistol D.Va Overwatch Kini Boleh Dimiliki

Memiliki power bank ialah perkara biasa bagi manusia moden kerana bateri peranti yang mudah habis. Terdapat pelbagai power bank dengan pelbagai saiz kapasiti di pasaran. Bagi peminat permainan Overwatch, anda kini boleh memiliki power bank yang berbentuk pistol yang digunakan watak D.Va.

Power bank yang dihasilkan oleh Dimension ini mempunyai kapasiti 8000 dan 10,000 mAh. Terdapat tiga pilihan warna iaitu putih, kuning dan merah jambu. Selain mengecas peranti, ia turut boleh berfungsi sebagai lampu suluh dan penunjuk laser. Harga jualan untuk “”sepucuk” power bank D.Va ini bermula dari $68 (~RM 265).

Sohor Kini