Skip to main content

Arena of Valor atau singkatannya, AOV merupakan salah satu permainan berbentuk MOBA yang popular dikalangan pengguna peranti mudah-alih. Sejumlah pertandingan untuk AoV telah diadakan pada hari ini, dan menariknya pihak Tencent turut dijangka akan mengadakan kejohanan khusus untuknya.

Menurut desas-desus yang hadir di arena web hari ini, ia dikatakan Tencent akan mengadakan kejohanan dunia untuk Arena of Valor sekitar bulan Julai kelak, dan menawarkan hadiah melebihi $500,000.

Seperti ramai sedia maklum, pada hari ini Tencent sedia mempunyai penawaran kejohanan League of Legends yang disertai pelbagai pasukan esukan popular dunia. Kejayaan kejohanan LoL turut dijangka akan diaplikasikan untuk Arena of Valor kelak.

Sekiranya hal ini benar, kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai kejohanan AoV ini dalam masa bulan-bulan akan datang. Selain AoV, satu lagi permainan berbentuk MOBA yang menawarkan kejohanan pada peringkat global adalah Vainglory.

Leave a Reply