Informasi Permainan Video Terkini
Rocket League Kini Mempunyai Lebih 40 Juta Pemain Seluruh Dunia

Rocket League Kini Mempunyai Lebih 40 Juta Pemain Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Jan 3, 2018 oleh .

Rocket League merupakan salah satu permainan yang unik, dimana anda mengawal kenderaan dan berusaha untuk menjaringkan bola ke dalam palang gol pihak lawan. Sejak ia diperkenalkan, ia telah mempunyai peminatnya tersendiri dan meningkat naik dari hari ke hari.

Terkini, hari ini pembangunnya mengumumkan yang mana jumlah pemain Rocket League telah mencapai lebih 40 juta pemain seluruh dunia.

Rocket League

Komuniti pemain ini dilihat meningkat secara aktif dari hari ke hari, apatah lagi dengan pengenalan versi Nintendo Switch pada penghujung tahun lepas yang membolehkan pemilik konsol hibrid berkenaan turut menikmati permainan ini dan bersaing dengan pemain lain.

Permainan yang pada awalnya dilancarkan pada 2015 lepas ini kini ditawarkan di PlayStation 4, Xbox One, PC, dan juga Nintendo Switch.


TIPS & ULASAN