E3 Jun lepas, Psyonix, pembangun permainan Rocket League mengumumkan bahawa permainan tersebut bakal tiba di Nintendo Switch. Ogos lepas juga mereka berkongsi berkenaan permainan tersebut dengan menyertakan beberapa kereta tambahan rekaan Mario, Luigi dan Samus bakal tiba di Nintendo Switch. Kini, akhirnya Psyonix berkongsi berkenaan tarikh pelancaran bagi permainan tersebut iaitu pada 14 November ini.
https://www.youtube.com/watch?v=zgXJUM5sw5M
Menurut Psyonix, kereta tambahan bertemakan permainan Nintendo tersebut bakal disertakan secara percuma ketika pelancaran permainan tersebut secara esklusif di Nintendo Switch. Psyonix juga berkongsi bentuk permainan secara skrin-bahagi bagi bentuk mod permainan multi-pemain.
Bagi anda yang mempunyai Nintendo Switch, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan Rocket League pada 14 November ini.