Informasi Permainan Video Terkini
Sega Akan Mengumumkan Sesuatu Yang Baru Buat Siri Sonic The Hedgehog Pada Mac Ini

Sega Akan Mengumumkan Sesuatu Yang Baru Buat Siri Sonic The Hedgehog Pada Mac Ini

Diterbitkan pada Feb 1, 2018 oleh .

Dengan pelancaran dua permainan Sonic pada tahun 2017, Sonic Mania dan Sonic Forces, Sega tampaknya tidak akan berhenti setakat itu sahaja. Dimana Sega hari ini baru sahaja mengumumkan mereka akan mengadakan panel khas ketika acara South by Southwest yang akan berlangsung pada Mac ini.

Menurut jadual yang dikongsikan oleh Sega, panel tersebut akan berlangsung pada 16 Mac ini. Sega juga menyatakan bahawa Sonic akan kembali dengan lebih gahnya pada 2018 dimana seluruh pasukan rasmi dari Sega akan mengumumkan sesuatu yang mereka bangunkan bersama untuk memberi kemaskini buat permainan Sonic Mania dan Sonic Forces.

Panel tersebut juga akan terdiri daripada ketua Sonic Team Takashi Iizuka, pengarah Sonic Austin Keys, pengarah animasi Sonic Mania Tyson Hesse dan pengurus sosial media Sonic Aaron Webber.

Bagi anda yang meminati Sonic, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan panel tersebut. Segala informasi berkenaan acara tersebut, anda boleh melayari laman rasmi SXSW disini. Kami di Aksiz juga akan berkongsi pengumuman yang bakal diumumkan oleh Sega apabila ia diumumkan kelak.


TIPS & ULASAN