Informasi Permainan Video Terkini
Kejohanan COD: WWII Oleh KITAMEN Akan Berlangsung Bulan Ini – Jumlah Wang Hadiah Bernilai RM4500

Kejohanan COD: WWII Oleh KITAMEN Akan Berlangsung Bulan Ini – Jumlah Wang Hadiah Bernilai RM4500

Diterbitkan pada Feb 1, 2018 oleh .

Bagi anda yang meminati permainan penembak pandang pertama seperti Call Of Duty, anda mungkin berminat untuk menyertai kejohanan permainan Call Of Duty: WWII yang akan berlangsung bulan ini.

Acara kejohanan Call Of Duty: WWII Community War yang dianjurkan oleh KITAMEN akan berlangsung di tiga tempat berlainan dimana ia memfokuskan kawasan semenanjung Malaysia dari utara sehingga selatan. Acara tersebut bermula di Kitamen Shah Alam pada 11 Februari, Kitamen Sungai Petani pada 24 Februari dan Kitamen Muar pada 3 Mac.

Dengan jumlah wang hadiah bernilai RM4500 bagi ketiga-tiga kawasan tersebut, dimana setiap satu kejohanan tersebut akan menyertakan hadiah wang tunai sebanyak RM1500. Dimana juara kejohanan tersebut akan membawa pulang RM700, diikuti RM500 bagi naib juara dan RM300 bagi tempat ketiga.

Kejohanan tersebut akan dilakukan secara penghapusan berganda diantara empat lawan empat pemain secara berpasukan melalui mod permainan Hardpoint, Search and Destroy dan Capture The Flag.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai kejohanan tersebut, anda boleh melayari laman rasmi KITAMEN dibawah untuk mendaftarkan diri anda dan merebut sebagai juara permainan Call Of Duty: WWII.

Daftar : COD:WWII Community War