Informasi Permainan Video Terkini
Uncharted Dual Pack Kini Berada Di Pasaran – Menyertakan Uncharted 4: A Thief’s End Dan Uncharted: The Lost Legacy

Uncharted Dual Pack Kini Berada Di Pasaran – Menyertakan Uncharted 4: A Thief’s End Dan Uncharted: The Lost Legacy

Diterbitkan pada Feb 1, 2018 oleh .

Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan berkas permainan Uncharted Dual Pack kini berada dipasaran Malaysia. Uncharted Dual Pack ini menyertakan dua permainan Uncharted iaitu Uncharted 4: A Thief’s End dan Uncharted: The Lost Legacy.

Berkas ini juga merupakan salah satu berkas yang sering Playstation sertakan selepas beberapa bulan pelancaran sesuatu permainan seperti mana yang mereka sering lakukan seperti berkas Playstation 4 Multi Packs iaitu Masterpiece Pack dan Family Pack sebelum ini.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan berkas Uncharted Dual Pack ini, ia akan berharga RM229 dan anda boleh dapatkan dimana-mana pengedar rasmi Playstation bermula hari ini.

Kami juga pernah mengulas kedua-dua permainan tersebut dimana anda boleh membacanya di sini bagi Uncharted: The Lost Legacy dan di sini bagi Uncharted 4: A Thief’s End.


TIPS & ULASAN