Skip to main content

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan The Last Of Us mahupun Locoroco Remastered, Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan dua berkas permainan Playstation 4 Multi Packs iaitu Masterpiece Pack dan Family Pack.

Playstation 4 Masterpiece Pack akan menyertakan dua permainan iaitu The Last Of Us dan Bloodborne: Old Hunter Edition dengan harga RM199. Manakala Playstation 4 Family Pack akan menyertakan dua permainan yang dipernambah-baik daripada Playstation Portable iaitu Locoroco Remasterd dan Patapon Remastered dengan harga RM129.

Kedua-dua Playstation 4 Multi Packs ini sudah mula dijual melalui pengedar rasmi Playstation di Malaysia bermula hari ini. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, anda boleh membelinya di mana-mana pengedar rasmi Playstation.

Leave a Reply