Pada awal Januari lepas, Nintendo mengadakan acara Nintendo Direct Mini yang mana mereka mengumumkan sebilangan permainan yang bakal tiba di Nintendo Switch, antara permainan yang diumumkan adalah SNK Heroines Tag Team Frenzy iaitu ia merupakan sebuah permainan perlawanan yang berdasarkan watak-watak wanita daripada siri permainan SNK.

Kini, SNK berkongsi trailer terbaru buat permainan tersebut bersama pengumuman watak Nakoruru iaitu watak daripada permainan Samurai Shodown bakal tiba di permainan tersebut.

SNK Heroines Tag Team Frenzy akan menyertakan bentuk permainan perlawanan secara berkumpulan dimana pemain berupaya untuk melakukan pelbagai kuasa dan serangan ikonik setiap watak tersebut. Permainan tersebut juga akan menyertakan mengubah-suaian kostum bagi setiap watak-watak.

Menurut SNK, permainan ini bakal tiba pada musim panas tahun ini di konsol Nintendo Switch dan juga Playstation 4.

Sohor Kini