Informasi Permainan Video Terkini
Facebook Melancarkan Program Gaming Creator Khas Untuk Penstrim Permainan Video

Facebook Melancarkan Program Gaming Creator Khas Untuk Penstrim Permainan Video

Diterbitkan pada Jan 29, 2018 oleh .

Selain daripada Youtube dan Twitch, Facebook juga menjadi tempat untuk penstrim terutama penstrim permainan video. Untuk mengalakkan lagi perkembangan ini, Facebook melancarkan Program Gaming Creator. Melalui program ini Facebook berharap

  • Dapat membantu penstrim permainan video membina komuniti yang lebih mendalam.
  • Memudahkan untuk streamer dijumpai dan juga pengeluaran video di servis yang lain seperti Instagram dan Oculus.
  • Memperkenalkan cara untuk menjadikan strim menjadi lebih menarik.

Menurut Facebook, buat masa ini ramai penstrim mendapatkan wang melalui sokongon terus dari pengikut mereka melalui program ini Facebook juga akan mencari cara terbaik untuk membantu penstrim dalam aspek ini.

Jika anda berminat anda boleh mendaftar menggunakan pautan ini. Anda suka menonton strim permainan video? Platform mana yang menjadi pilihan anda?


TIPS & ULASAN