Game Developer Conference (GDC) mengeluarkan Laporan Perkembangan Industri Permainan 2018. Laporan ini adalah berdasarkan ujikaji yang dilakukan dengan 4000 pembangun permainan video. Keputusan ujikaji boleh dilihat dibawah

Di platfom manakah permainan terakhir anda dikeluarkan?

  • 50% – PC
  • 32% – Permua
  • 23% – PlayStation 4
  • 19% – Xbox One
  • 5% – Nintendo Switch

Di platform manakah permainan anda yang sedang dibangunkan?

  • 60% – PC
  • 36% – Permua
  • 30% – PlayStation 4
  • 26% – Xbox One
  • 20% – Mac
  • 12% – Nintendo Switch

Di platform manakah yang anda jangkakan permainan di masa depan anda dikeluarkan? 

  • 58% – PC
  • 32% – PlayStation 4
  • 32% – Permua
  • 29% – Xbox One
  • 18% – Mac
  • 15% – Nintendo Switch

Platform manakah yang anda sebagai pembangun permainan berminat sekarang?

  • 59% – PC
  • 39% – PlayStation 4
  • 36% – Nintendo Switch
  • 30% – Permua

Adakah konsep hibrid Nintendo Switch diterima ramai?

  • 46% – Ya, Nintendo Switch adalah produk yang sangat bersesuaian dengan pasaran sekarang
  • 39% – Ya, tetapi masih tidak mengubah industri
  • 12% – Tidak tahu
  • 2% – Tidak, penguna tidak berminat dengan konsep hibrid.

Adakah anda sedang dan berminat untuk mengeluarkan permainan untuk Nintendo Switch?

  • 54% – Tidak dan tidak berminat
  • 31% – Tidak tetapi berminat
  • 6% – Ya

Berbanding dengan platform lain, bagaimana hasil jualan permainan untuk Nintendo Switch?

  • 33% – Hanya mengeluarkan permainan untuk Nintendo Switch
  • 28% – Hasil jualan lebih tinggi berbanding purata
  • 23% – Hasil jualan sama dengan purata
  • 16% – Hasil jualan lebih sedikit berbanding purata

Di platform manakah permua anda akan dikeluarkan?

  • 53% – Android
  • 49% – iOS

Model perniagaan manakah yang menjadi pilihan untuk permainan anda yang seterusnya?

  • 49% – Bayar untuk main
  • 39% – Percuma untuk main
  • 23% – DLC berbayar
  • 22% – Barangan dalam permainan berbayar
  • 21% – Matwang dalam permainan berbayar
  • 11% – Kotak tikam berbayar

Di atas hanya sebahagia daripada ujikaji yang diajukan kepada pembangun permainan. Anda boleh muat turun laporan ini secara percuma melalui pautan ini, anda perlu mendaftar menggunakan email.

Dari keputusan diatas, PC dan PlayStation kekal menjadi platform pilihan pembangun dan Nintendo Switch mungkin suatu hari nanti akan menjadi pilihan lebih tinggi berbanding Xbox One.

Sohor Kini