Informasi Permainan Video Terkini
Ubisoft Melancarkan Sam – Pembantu Maya Untuk Golongan Gamer

Ubisoft Melancarkan Sam – Pembantu Maya Untuk Golongan Gamer

Diterbitkan pada Jan 25, 2018 oleh .

Siri, Cortana, Google Assistant dan Alexa adalah empat pembantu maya yang digunakan secara meluas di pasaran. Kesemuanya boleh digunakan pada peranti pintar untuk melakukan tugasan mengawal peranti berhubung, memainkan muzik dan pelbagai lagi. Terdapat vakum di dalam pasaran pembantu maya khusus untuk golongan gamer. Oleh itu Sam telah dilancarkan oleh Ubisoft.

Sam ialah pembantu maya yang terbina di dalam aplikasi Ubisoft Club. Pembantu maya ini boleh memberitahu pengguna statistik permainan, aktiviti rakan, melakukan pembelian permainan dan memberi saranan tips untuk permainan yang sedang dinikmati. Ia masih lagi di peringkat Beta untuk peranti Android dan iOS. Buat masa ini ia hanya boleh diuji di Kanada dengan sokongan Bahasa Inggeris.