Skip to main content

Lagu tema yang baik boleh menaikkan semangat ketika sesi permainan video. Lagu tema Red Alert misalnya boleh membuatkan anda mahu menyertai Tanya ke medan perang untuk memusnahkan askar Stalin. PUBG ialah permainan yang amat hangat sekarang dan tidak mengejutkan lagu temanya amat popular.

Bagi peminat permainan PUBG, anda kini boleh menstrim lagu temanya menerusi Spotify dan juga Apple Music. Anda juga mempunyai pilihan membelinya terus dari iTunes. Lagu tema PUBG ditulis oleh Tom Salta yang turut menulis bertanggungjawab runut bunyi untuk LawBreakers, Ghost Recon: Wildlands, dan Halo 2 Anniversary.

[info] Strim lagu tema PUBG menerusi Spotify [/info] [info] Beli lagu tema PUBG menerusi Apple iTunes [/info]

Leave a Reply