Informasi Permainan Video Terkini
God of War Akan Dilancarkan Untuk PlayStation 4 Pada 20 April

God of War Akan Dilancarkan Untuk PlayStation 4 Pada 20 April

Diterbitkan pada Jan 24, 2018 oleh .

Bagi para pemain konsol PlayStation 4, semestinya salah satu permainan yang dinantikan adalah God of War. Selepas pelbagai teka-teki sebelum ini, hari ini Sony telah mengumumkan yang mana permainan God of War akan dilancarkan secara rasminya pada 20 April 2018 ini.

God of War

God of War adalah permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Santa Monica Studio dan diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment.

Ini adalah siri permainan God of War yang ke-8, dimana pada permainan kali ini, ia akan lebih memfokuskan mitologi Norse – sedikit berbeza jikalau dibandingkan permainan God of War sebelum yang memfokuskan mitologi Greek. Permainan ini asalnya diumumkan ketika E3 2016 yang lepas dengan trailer acah memfokuskan watak Kratos, yang mana beliau kini kembali dengan anaknya bernama Atreus.

Seperti biasa, bagi anda yang meminati dan menantikan permainan God of War ini, mungkin sudah boleh menyimpan duit, dan mendapatkan ia pada 20 April kelak.


TIPS & ULASAN