Informasi Permainan Video Terkini
Tarikh Pelancaran Permainan God Of War Tertiris Di Laman Rasmi Playstation Store

Tarikh Pelancaran Permainan God Of War Tertiris Di Laman Rasmi Playstation Store

Diterbitkan pada Dis 5, 2017 oleh .

Antara permainan yang dinantikan oleh peminat permainan video seluruh dunia, God of War kini tampaknya tarikh pelancaran bagi permainan tersebut tertiris di laman PSN Store Amerika Syarikat.

Menurut laman tersebut, permainan God Of War akan dilancarkan pada 22 Mac 2018 ini. Buat masa ini kesahihan tarikh pelancaran ini masih belum kepastian, namun dengan tertirisnya di laman rasmi Playstation Store, ia juga mungkin adalah sahih oleh Sony sendiri. Ketika artikel ini ditulis, Sony masih belum memberi sebarang kenyataan berkenaan tarikh pelancaran bagi permainan tersebut.

God of War adalah permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Santa Monica Studio dan dilancarkan oleh Sony Interactive Entertainment. Ia merupakan siri permainan God Of War yang ke-8 yang mana ia akan memfokuskan mitologi Norse berbanding permainan God of War sebelum yang memfokuskan mitologi Greek. Permainan ini asalnya diumumkan ketika E3 2016 yang lepas dengan trailer acah memfokuskan watak Kratos, yang mana beliau kini kembali dengan anaknya bernama Atreus.