Skip to main content

Duke Nukem 3D merupakan permainan yang sangat kami gemarai, bahkan kami meletakkan permainan ini setaraf dengan Doom. Ini adalah pertama kali kami terdengar mengenai akan ada filem adaptasi untuk permainan ini.

Mengikut laporan di The Hollywood Reporter, John Cena sekarang di dalam perbincangan untuk berlakon dalam filem ini. Kemungkinan besar untuk memegang watak Duke Nukem.

Filem ini dikatakan akan keluarkan oleh Platinum Dunes iaitu syarikat produksi Michael Bay. Buat masa ini masih tiada pengarah ataupun penulis dan boleh dikatakan filem ini masih di peringkat awal.

John Cena bukanlah pelakon kegemaran kami tetapi mungkin watak ini bersesuaian untuk dirinya walaupun kami merasakan John Cena agak ‘lembut’ jika ingin dibandingkan dengan watak Duke Nukem.

Leave a Reply