Sonic ialah antara siri permainan yang mempunyai jutaan peminat. Sejak pertama kali hadir pada konsol Sega Genesis, puluhan permainan Sonic telah dihasilkan oleh Sega. Kumpulan yang bertanggungjawab menghasilkan permainan ini ialah Sonic Team. Hari ini bekas ketua Sonic Team, Yuji Naka mengumumkan beliau telah menyertai Square Enix.
Just a quick note to let you know, I joined SQUARE ENIX in January.
I’m joining game development as before, and strive to develop games at SQUARE ENIX.
I aim to develop an enjoyable game, please look forward to it.— Yuji Naka / 中 裕司 (@nakayuji) January 22, 2018
Nama Yuji Naka mungkin tidak berapa dikenali seperti Hideo Kojima. Tetapi beliau terlibat dalam pembangunan Sonic Team sejak Sonic The Hedgehog. Prototaip permainan yang diprogramkan oleh beliau menjadi asas kepada permainan pertama ini.
Yuji Naka meninggalkan SEGA pada tahun 2006 kerana tidak mahu menghasilkan permainan yang sama tahun demi tahun. Di laman Twitter beliau, Yuji Naka berkata beliau bercadang menghasilkan permainan yang menarik di bawah payung Square Enix.