Bersempena dengan acara Asia Pacific Predator League 2018 yang berlangsung minggu ini, akhirnya acara kemuncak pusingan akhir antara pasukan Geek Fam dari Malaysia dan Boom ID dari Indonesia diakhiri dengan kejayaan pasukan Geek Fam dengan keputusan 2-1 dimana mereka membawa peluang hadiah wang tunai melebihi RM190,000 dan juga lima laptop buah Acer Helios Predator 300.
Selama empat hari acara tersebut berlangsung di Anggrek Mall, Jakarta Indonesia, lapan pasukan daripada Asia Tenggara bertempur untuk menempatkan mereka sebagai juara Asia Pacific Predator League 2018 akhir jatuh ke tangan pasukan Geek Fam.
Ketika pertempuran akhir antara Geek Fam dan Boom ID, kedua-dua pasukan mempamerkan petarungan yang sangat sengit dimana pusingan pertama dimenangi oleh Geek Fam manakala pusingan kedua dimenangi oleh Boom ID. Namun, dengan kerjasama antara pasukan Geek Fam dengan bentuk pertempuran mereka yang sangat sistematik, mereka kembali dengan menjatuhkan musuh secara bertubi-tubi sehingga mereka menjuarai acara tersebut dengan hasil pembunuhan melebihi 30.
Namun tidak dilupakan juga bagi pasukan Boom ID yang memberi satu pesaingan yang sangat sengit ketika pusingan akhir acara tersebut yang sememangnya membuat seluruh penonton asyik dengan prestasi kedua-dua pasukan tersebut.
Selain itu, tidak dilupakan juga pasukan Boom ID dari Indonesia sebagai naib johan membawa pulang RM98,000 dan pasukan Quid Pro Quo dari Filipina mendapat tempat ketiga membawa pulang RM59,000.
Menurut Andrew Hau, Presiden Asia Tenggara Acer menyatakan mereka sangat berbangga dengan acara Asia Pacific Predator League 2018 dan mengucapkan tahniah kepada pasukan-pasukan yang menyertai acara tersebut. Alan Chiang pengarah pengurus Acer Thailand pula menyatakan pada tahun hadapan, buat acara Asia Pacific Predator League 2019, mereka akan mengadakannya di Bangkok, Thailand dengan lebih banyak pasukan dan lebih besar. Beliau juga mengalu-alukan kedatangan peminat-peminat e-sukan untuk menyertai acara tersebut tahun hadapan di Bangkok.
Kami di Aksiz juga amat berbangga kerana di beri peluang untuk menyaksikan kejohanan Dota 2 terbesar di Asia Tenggara, Asia Pacific Predator League 2018 di Jakarta, Indonesia dan kami mengucapkan tahniah bagi pasukan Geek Fam kerana menjuarai acara tersebut.