Informasi Permainan Video Terkini
Battle Arena Menawarkan “Chicken Dinner” Untuk Setiap Permainan PUBG Yang Anda Menang Esok

Battle Arena Menawarkan “Chicken Dinner” Untuk Setiap Permainan PUBG Yang Anda Menang Esok

Diterbitkan pada Jan 19, 2018 oleh .

Bagi anda yang meminati permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG), esok mungkin anda boleh hadirkan diri ke Battle Arena dan berpeluang untuk makan ayam sebenar untuk setiap permainan yang anda menang disana.

Seperti ramai sedia maklum, pada permainan PUBG, apabila anda menang permainan berkenaan, ia akan memaparkan notifikasi Winner Winner Chicken Dinner, dan untuk esok, pihak Battle Arena merealisasikannya dengan menawarkan makanan sebenar untuk pemenang.

Battle Arena

Untuk permainan pertama yang anda menang ketika bermain PUBG di Battle Arena, anda berpeluang mendapatkan set ayam penuh, sementara untuk permainan seterusnya yang anda menang, anda akan diberikan pilihan nugget ayam atau set bertih ayam.

Pihak Battle Arena turut mengatakan ia adalah terhad untuk 100 pemain pertama pada 20 Januari 2018. Penawaran ini adalah bersempena dengan pembukaan rasmi yang dijadualkan untuk Battle Arena pada 3 Februari 2018 ini. Battle Arena terletak di Jaya Shopping Centre, Petaling Jaya – dan anda yang berminat mungkin boleh singgah esok untuk bermain PUBG di sana.

Layari : Battle Arena – The Chicken Dinner