Informasi Permainan Video Terkini
Kejohanan Dota 2 Asia Pacific Predator League 2018 Bakal Berlangsung Minggu Ini Di Jakarta

Kejohanan Dota 2 Asia Pacific Predator League 2018 Bakal Berlangsung Minggu Ini Di Jakarta

Diterbitkan pada Jan 17, 2018 oleh .

Kejohanan Dota 2 Asia Pacific Predator League 2018 kini tiba ke acara kemuncaknya dimana lapan pasukan dari seluruh negara Asia Tenggara akan bertarung untuk berebut hadiah wang tunai sebanyak $150,000.

Pusingan akhir bagi kejohanan tersebut dibawa khas oleh Acer yang mana ia akan berlangsung di Anggrek Mall, Jarkata, Indonesia sepanjang minggu ini bermula 18 sehingga 21 Januari ini dimana kami di Aksiz akan berkongsi acara tersebut secara langsung.

8 pasukan daripada seluruh Asia Tenggara akan bertempur yang mana ia terdiri daripada pasukan daripada:

  • Malaysia – Geek Fam
  • Filipina – Quid Pro Quo
  • Thailand – Alpha Red
  • India – Signify
  • Hong Kong – Azure eSports
  • Singapura – Ten Twenty
  • Sri Lanka – We Say No!

Manakala pasukan Indonesia pula akan ditetapkan selepas pusingan akhir kelayakan yang akan berlangsung pada 18 Januari ini dengan 8 pasukan akan bertempur untuk menempatkan mereka ke pusingan akhir Asia Pacific Predator League 2018.

Pasukan Geek Fam merupakan pasukan yang akan mewakili Malaysia untuk kejohanan tersebut. Geek Fam ditubuhkan pada November 2016 lepas yang terdiri daripada Skemberlu, March, ChYuan, Oli dan Playhard. Dengan 5 pemain yang berada di dalam 150 pemain terbaik di Asia Tenggara, mereka akan mewakili Malaysia untuk kejohanan Asia Pacific Predator League 2018 yang akan berlangsung minggu ini.

Bagi anda yang berminat untuk menyaksikan kejohanan tersebut dan memberi sokongan buat pasukan Geek Fam yang akan mewakili Malaysia, anda boleh melayari laman rasmi Asia Pacific Predator League 2018. Tambahan juga, kami di Aksiz juga akan mengemaskini acara tersebut secara langsung melalui Twitter rasmi Aksiz.

Bagi anda yang berpeluang untuk hadirkan diri anda di Anggrek Mall, Jakarta Indonesia minggu ini, anda boleh menonton acara tersebut secara langsung dan menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan oleh Acer seperti sesi Cosplay, sesi temu ramah bersama pasukan pemain dan pelbagai lagi.


TIPS & ULASAN