Informasi Permainan Video Terkini
Permainan The Red Solstice Ditawarkan Secara Percuma Untuk Tempoh Terhad
PC

Permainan The Red Solstice Ditawarkan Secara Percuma Untuk Tempoh Terhad

Diterbitkan pada Jan 16, 2018 oleh .

Selain daripada penawaran 6 permainan percuma, kini pihak Humble Store turut menawarkan permainan The Red Solstice secara percuma untuk tempoh terhad.

The Red Solstice

The Red Solstice

The Red Solstice mengambil latar tempat di planet Marikh, dan menawarkan permainan aksi strategi melaluinya. Anda boleh memainkan ia secara perseorangan, atau bersama rakan-rakan lain sehingga 8 orang.

Bagi anda yang berminat, boleh menebus kunci Steam untuk permainan The Red Solstice ini daripada laman Humble Store hari ini.

Muat-Turun : The Red Solstice


TIPS & ULASAN