Humble Bundle merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi bagi ramai pengguna, dimana mereka menawarkan sejumlah permainan pada harga diskaun. Terkini, selain diskaun semata-mata, pihak Humble Bundle turut menawarkan sebanyak 6 permainan secara percuma untuk semua pengguna seluruh dunia.
6 permainan yang ditawarkan adalah Hitchhiker, 2000:1:A Space Felony, Cat Girl Without Salad, Uurnog, THOR.N, dan juga Crescent Bay. Kesemua permainan ini ditawarkan untuk pengguna PC sahaja.
Kesemua permainan ini adalah dibawah program Humble Originals, dimana ia menerima sokongan pembangunan daripada pihak Humble Bndle sendiri, dan akan ditawarkan melalui platform berkenaan.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permainan ini secara percuma daripada laman Humble Trove hari ini. Ia ditawarkan secara percuma sehingga 2 Februari 2018 kelak.