Tencent dan hari ini mengumumkan kerjasama dengan Lego, dimana mereka akan membangunkan permainan atas-talian serta kemungkinan untuk membangunkan laman sosial yang disasarkan untuk kanak-kanak di China.

Produk dan perkhidmatan menyasarkan kanak-kanak semakin menjadi popular akhir-akhir ini, apatah lagi dengan bilangan kanak-kanak yang mempunyai akses kepada peranti pintar semakin meningkat.

Tencent mengatakan melalui kerjasama LEGO, mereka ingin menawarkan persekitaran yang sihat untuk kanak-kanak, dimana melalui platform dan permainan yang ingin dibangunkan mereka ingin menyediakan kemudahan untuk pembelajaran, pembangunan, hiburan dan sebagainya.

Buat masa ini, kerjasama ini terhad untuk pasaran China sahaja dan tiada perancangan untuk menawarkannya di luar China buat masa ini.

Sohor Kini