Informasi Permainan Video Terkini
Bluepoint Games Berkongsi Disebalik Tabir Proses Pembangunan Permainan Pernambah-Baikkan Shadow Of The Colossus

Bluepoint Games Berkongsi Disebalik Tabir Proses Pembangunan Permainan Pernambah-Baikkan Shadow Of The Colossus

Diterbitkan pada Jan 15, 2018 oleh .

Bluepoint Games, iaitu pembangun yang bertanggung jawab dengan sebilangan permainan pernambah-baikkan seperti Gravity Rush Remastered dan Uncharted: The Nathan Drake Collection, minggu ini berkongsi disebalik tabir berkenaan proses pembangunan permainan pernambah-baikkan yang bakal tiba Februari ini, Shadow Of The Colossus.

Randall Lowe, penerbit Bluepoint Games menyatakan permainan pertama yang mereka bangunkan adalah Blast Factor di Playstation 3 pada 2006 lepas. Ia merupakan permainan pertama yang dilancarkan secara bersama ketika Playstation Network dirasmikan berada di atas-talian. Mereka juga bertanggung jawab untuk membangunkan God Of War Collection dengan Santa Monica Studio.

Mereka juga bertanggung jawab untuk membawa Metal Gear Solid HD Collection di konsol Playstation 3 pada 2011 lepas. Dengan pelbagai permainan yang dipernambah-baikkan oleh mereka, ia menjadi satu proses pembangunan ikonik buat syarikat tersebut.

Menurut mereka, bagi permainan Shadow of the Colossus, mereka ingin melakukan semula hasil seni permainan tersebut. Sebelum ini, mereka juga pernah berkongsi berkenaan trailer permainan Shadow of the Colossus yang mana mereka menggunakan ciri-ciri asal trailer permainan tersebut. Menariknya, kali ini mereka berkongsi apa yang mereka perlu lakukan untuk membuat permainan ini diterima semula oleh peminat.

Sebahagian daripada proses pembangunan mereka adalah mereka memastikan permainan tersebut diterjemah dengan baik daripada permainan asal Shadow of the Colossus yang dikeluarkan pada 2005 lepas. Di dalam proses tersebut juga, mereka mula berfikir bagaimana, dan apa yang mereka ingin pernambah-baikkan dari segi bentuk permainan dan juga visual.

Shadow Of The Colossus merupakan permainan aksi pengembaraan klasik yang dilancarkan di Playstation 2 pada 2005 lepas. Ia bakal tiba 6 Februari ini secara esklusif di Playstation 4. Pada Disember lepas, Sony Interactive Entertainment juga mengumumkan sebilangan edisi permainan tersebut bakal tiba di pasaran Malaysia bermula dengan harga RM159.