Skip to main content

Shadow Of The Colossus merupakan permainan aksi pengembaraan klasik yang dilancarkan di Playstation 2 pada 2005 lepas. Ia merupakan salah satu permainan yang mendapat pujian ramai dengan bentuk permainannya yang sangat menarik.

Pada E3 yang lepas, Sony mengumumkan bahawa permainan tersebut bakal mendapat pelancaran semula dengan pernambah-baikkan permainan yang dihasilkan semula daripada awal. Kini, tiga pembangun daripada Bluepoint Games berkongsi ulasan berkenaan trailer intro yang dipertayangkan ketika Paris Games Week bulan lepas.

Mark Skelton, pengarah seni, Peter Dalton, pengarah teknikal dan Marco Thrush, presiden dari Bluepoint Games berkongsi ulasan mereka di video diatas. Menurut mereka, Shadow Of The Colossus kali ini dihasilkan kembali daripada awal dimana Bluepoint Games menyatakan bahawa mereka mengekalkan ciri-ciri estetik permainan asal tersebut disamping itu membuat pernambah-baikkan dari segi sistem fizik yang baru, pernaik-taraf sistem pencahayaan dan perningkatan segala prestasi permainan dengan rekaan model dan tekstur baru.

Trailer tersebut sememangnya memaparkan hasil visual yang sangat menakjubkan dengan nilai estetik permainan Shadow Of The Colossus masih kekal di dalam trailer tersebut. Ia juga memberi perasaan yang sangat nostalgia dengan penggunaan ciri-ciri trailer yang sama seperti permainan asalnya yang dilancarkan 2005 lepas.

Shadow Of The Colossus bakal tiba secara esklusif di Playstation 4 pada 6 Februari 2018 ini.

Leave a Reply