Informasi Permainan Video Terkini
Shadow Of The Colossus Akan Dijual Bermula 6 Februari 2018 – Harga Bermula RM134

Shadow Of The Colossus Akan Dijual Bermula 6 Februari 2018 – Harga Bermula RM134

Diterbitkan pada Dis 12, 2017 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman edisi terhad bagi permainan Shadow Of The Colossus semalam, Sony Malaysia hari ini akhirnya mengumumkan harga rasmi bagi permainan Shadow Of The Colossus yang mana ia bakal dilancarkan pada 6 Februari 2018 secara esklusif di Playstation 4.

Berikut adalah senarai harga bagi permainan Shadow Of The Colossus mengikut versi:

  • Shadow Of The Colossus Edisi Fizikal Standard – RM159
  • Shadow Of The Colossus Edisi Digital Standard – RM149
  • Shadow Of The Colossus Edisi Digital Deluxe – RM189

Menariknya bagi anda yang membuat pra-tempahan bagi edisi digital, Sony Interactive Entertainment menawarkan sebanyak 10% diskaun dimana harga bagi edisi digital standard akan menjadi RM134.10 manakala edisi digital deluxe pula adalah RM170.10.

Bagi anda yang membuat pembelian bermula hari ini sehinggalah 19 Februari 2018 bagi mana-mana edisi digital, Sony Interactive Entertainment juga akan menyediakan kandungan tambahan seperti senjata Life Sword dan dua tema Playstation 4 khas.

Shadow Of The Colossus edisi Digital Deluxe pula akan menyertakan sebilangan kandungan tambahan seperti senjata tambahan Ancient Bow, Cloak of Fate, kostum Agro “Knabstrup Steed” dan dua tema Playstation 4.

Shadow Of The Colossus merupakan permainan aksi pengembaraan klasik yang dilancarkan di Playstation 2 pada 2005 lepas. Kini dengan kerjasama Bluepoint Games, Sony Interactive Entertainment bakal melancarkan semula permainan ini secara pernambah-baikkan pada 6 Februari ini secara esklusif di Playstation 4.