Dragon Ball FighterZ minggu mengadakan beta terbuka, mengalami masalah sambungan. Ramai permain termasuk kami sendiri tidak dapat memasuki pelayan permainan ini.
Bandai Namco, memlalui akaun Twitter rasmi dan blog mereka mengatakan mereka sedang menyelesaikan masalah ini. Jika proses pembaikkan ini mengambil masa, mereka mungkin akan memanjangkan durasi beta terbuka ini yang sepatutnya tamat hari ini.
FighterZ, the DRAGON BALL FighterZ Open Beta is experiencing network issues that cannot be addressed quickly. We'll keep the Open Beta online but you might experience problems during gameplay. We may extend the Open Beta, more info here: https://t.co/5WMdnjzVQ5 #DBFighterzBETA pic.twitter.com/4c7EJCqhFE
— Bandai Namco US (@BandaiNamcoUS) January 14, 2018
Kami agak kecewa kerana masih tidak dapat merasai permainan ini sejak beta September lepas. Namun kami akan terus mencuba dan akan kongsikan pendapat kami berkenaan permainan tersebut apabila kami berjaya mengaksesnya nanti.
Dragon Ball FighterZ akan dikeluarkan pada 26 Januari ini untuk konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC.