Dengan kerjasama Suara Anak Muda 1Malaysia dan Tune Advertising Sdn Bhd, acara e-sukan Malaysia Cyber Games 2018 (MCG2018) akan berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur bermula hari ini sehingga 14 Januari ini.
Terdapat pelbagai permainan yang dipertandingkan, antaranya ialah Dota 2, Tekken 7, FIFA 18, Street Fighter V, CS:GO, F1 2017, dan juga Injustice 2. Disamping permainan PC dan konsol, Malaysia Cyber Games turut mempertandingkan permua, iaitu Mobile Legends Bang Bang.
Menariknya juga, pada hari ahad, bersamaan 14 Januari ini, Malaysia Cyber Games 2018 akan mengadakan pelbagai aktiviti buat pengunjung, dan termasuk cabutan bertuah yang mana pemenang akan berpeluang untuk memenangi telefon pintar Razer Phone.
Selain daripada berpeluang untuk menyaksikan kejohanan permainan e-sukan berlangsung, terdapat juga aktiviti-aktiviti lain yang pemain boleh sertai dan juga tetamu jemputan khas, pemain professional Mushi dan Nana akan berada di acara tersebut.
Anda juga boleh mengetahui lanjut berkenaan acara tersebut dan juga menonton siaran langsung rasmi kejohanan Malaysia Cyber Games melalui laman rasmi Facebook MCG.
Bagi anda yang berminat untuk menyertai mahupun mengunjung acara tersebut, anda boleh menghadirkan diri anda di PWTC, Kuala Lumpur pada hujung minggu ini.