Informasi Permainan Video Terkini
Berkas Permainan Dark Souls Trilogy Diumumkan Untuk Playstation 4

Berkas Permainan Dark Souls Trilogy Diumumkan Untuk Playstation 4

Diterbitkan pada Jan 12, 2018 oleh .

Dengan pengumuman permainan penambab-baikkan Dark Souls Remastered semalam ketika Nintendo Direct Mini, Bandai Namco tampaknya tidak akan berhenti disitu sahaja dimana hari ini, mereka mengumumkan berkas trilogi permainan Dark Souls yang menyertakan ketiga-tiga siri permainan Dark Souls yang dilancarkan sebelum ini.

Seperti yang diura-urakan sebelum ini, permainan ini akan tiba pada 24 Mei ini di Playstation 4. Dengan harga ¥49,000(~RM1778) berkas ini akan menyertakan:

  • Permainan Dark Souls Remastered
  • Permainan Dark Souls II: Scholar of the First Sin
  • Permainan Dark Souls III: The Fire Fades Edition
  • Enam cakera muzik latar daripada permainan Dark Souls
  • Tiga buah buku ensiklopedia Dark Souls
  • 10 rekaan seni visual bersama bingkai
  • Dua penyokong buku rekaan khas Dark Souls

Selain itu, bagi anda yang berminat untuk hanyalah mendapatkan permainan Dark Souls Remastered sahaja, Bandai Namco juga mengumumkan bahawa anda boleh membeli permainan tersebut sahaja melalui mana-mana pengedar rasmi permainan tersebut bermula 24 Mei 2018 ini.