Informasi Permainan Video Terkini
Ubisoft Mengumumkan Figura Esklusif The Father’s Calling Daripada Permainan Far Cry 5
Artikel Berkaitan

Ubisoft Mengumumkan Figura Esklusif The Father’s Calling Daripada Permainan Far Cry 5

Diterbitkan pada Jan 10, 2018 oleh .

Bagi anda yang tidak sabar untuk bermain permainan Far Cry 5 pada 27 Mac ini, anda mungkin berminat untuk mendapatkan figura khas daripada permainan tersebut, iaitu figura The Father’s Calling yang merupakan figura watak ketua jemaah Eden’s Gate, Joseph Seed.

Dengan kerjasama antara Ubicollectibles dan Ubisoft Montreal, Ubisoft akan melancarkan figura tersebut pada 22 Mac ini dan ia bersaiz 32cm. Figura tersebut akan berharga £49.99(~RM270) dan anda boleh membuat pra-tempahan di kedai rasmi atas-talian Ubisoft.

Figura tersebut digayakan dengan gaya ikonik Joseph Seed di dalam permainan tersebut. Menariknya juga, senjata di tangan dan tongkat di tapak figura tersebut boleh diasingkan.

Far Cry 5 merupakan permainan penembak pandang pertama yang memfokuskan permainan secara dunia terbuka. Ia akan dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC bermula 27 Mac 2018 ini. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan tersebut, anda boleh membuat pra-tempahan di mana-mana pengedar rasmi permainan tersebut.