Skip to main content

Hari ini, Bandai Namco dan MyArcade mengumumkan kerjasama antara kedua-dua syarikat tersebut untuk melancarkan sebilangan permainan mini arked yang berdasarkan permainan klasik Bandai Namco yang terdiri daripada permainan pad secara mudah-alih dan mini kabinet arked.

Senarai permainan yang diumumkan bersama permainan arked mini tersebut adalah PAC-MAN, Galaga dan Dig Dug. Permainan arked tersebut akan menyertakan hasil seni yang diinspirasi daripada arked kabinet asal pemrainan tersebut bersama skrin yang berwarna dengan alat kawalan yang boleh ditukarkan daripada batang arked kepada pad arah.

Menurut Bandai Namco, kedua-dua jenis permainan mini arked tersebut akan dilancarkan bermula musim bunga 2018 ini dengan harga $35(~RM140). Tambahan juga, pada masa akan datang MyArcade dan Bandai Namco juga akan mengumumkan sebilangan permainan-permainan klasik yang lain selain PAC-MAN, Galaga dan Dig Dug.

Leave a Reply