Skip to main content

Pada awal bulan ini, Malaysia Cyber Games 2018 diumumkan yang mana ia bakal kembali sejak acara sulungnya pada 2015 lepas. Kini, dengan kerjasama Suara Anak Muda 1Malaysia dan Tune Advertising Sdn Bhd, acara e-sukan Malaysia Cyber Games 2018 (MCG2018) akan berlangsung pada hujung minggu ini pada 13 dan 14 Januari bertempatkan di PWTC, Kuala Lumpur. Acara e-sukan tersebut juga mendapat sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Ketika pelancaran acara tersebut, pihak MCG2018 menyatakan terdapat melebihi 1000 peserta dengan 9 permainan yang dipertandingkan dengan jumlah wang hadiah bernilai RM300,000.

Antara permainan yang akan dipertandingkan adalah Dota 2, Tekken 7, FIFA 18, Street Fighter V, CS:GO, F1 2017, dan juga Injustice 2. Disamping permainan PC dan konsol, Malaysia Cyber Games turut mempertandingkan permua, iaitu Mobile Legends Bang Bang.

Menariknya juga, terdapat pelbagai acara yang disediakan buat pengunjung, antaranya pengujung berpeluang untuk mencuba sebilangan permainan yang dipamerkan di platform PC dan juga konsol Playstation 4 di kawasan tapak pameran barangan digital dan elektronik. Selain itu, pengujung juga berpeluang untuk memenangi sebilangan hadiah melalui cabutan bertuah yang terdapat di acara tersebut merangkumi hadiah konsol permainan, komputer dan juga telefon pintar.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai mahupun mengunjung acara tersebut, anda boleh menghadirkan diri anda di PWTC, Kuala Lumpur pada hujung minggu ini.

[info] Laman Rasmi : Malaysia Cyber Games [/info]

Leave a Reply