Selain daripada Halo, Fable merupakan antara permainan yang sinonim dengan konsol Xbox tetapi selepas pembatalan Fable Legends oleh Microsoft dan penutupan studio yang bertanggunjawab membangunkan siri permainan Fable iaitu Lionhead, tiada berita terbaru mengenai pembangunan Fable.
Baru-baru ini ura-ura pembangunan Fable mula kedengaran apabila projek berkaitan Fable yang dipanggil Wisdom sedang dibangunkan oleh sebuah studio yang bertempat di UK.
Melalui kicauan yang sudah dibuang, bekas pembangun Lionhead Don Williamson mengatakan studio pilihan Microsoft untuk membangunkan Fable adalah agak menarik dan masih kekal misteri. Apabila ditanya adakah studio tersebut bertempat di Brighton, beliau menjawab tiada studio di Brighton yang mampu untuk membangunkan permainan sebesar Fable.
there's nobody here in Brighton that could take on a task of that magnitude.
— Don Williamson (@Donzanoid) January 6, 2018
Berdasarkan dua informasi di atas, studio yang kemungkinan besar bertanggungjawab untuk membangunkan Fable adalah Playground Games. Playground Games adalah studio yang bertanggungjawab mengeluarkan siri permainan Forza. Jika ini adalah betul sudah semestinya pemilihan Microsoft ini agak menarik kerana Playground Games tidak mempunyai portfolio membangunkan permainan seperti Fable.
Setakat ini tiada sebarang reaksi rasmi daripada Microsoft. Akan tetapi dengan Microsoft ketinggalan dari segi permainan pandang pertama untuk Xbox One, pembangunan permainan seperti Fable seharusnya dijadikan sebagai keutamaan untuk bersaing dengan Sony yang sudah mempunyai beberapa permainan balak dikeluarkan tahun ini.