Informasi Permainan Video Terkini
Ini Adalah Senarai Permainan Yang Paling Lama Dimainkan Di Nintendo Switch

Ini Adalah Senarai Permainan Yang Paling Lama Dimainkan Di Nintendo Switch

Diterbitkan pada Jan 8, 2018 oleh .

Nintendo kini telah mengeluarkan senarai 20 permainan yang paling lama dimainkan semenjak Nintendo Switch dilancarkan pada Mac tahun lepas.  Senarai ini adalah berdasarkan kepada gabungan masa yang pemain bermain untuk sesuatu permainan dan terhad kepada pengguna di Amerika Utara sahaja.

Berikut adalah senarai permainan yang paling lama dimainkan di Amerika Utara oleh pengguna Nintendo Switch;

  1. The Legend of Zelda: Breath of The Wild
  2. Super Mario Odyssey
  3. Mario Kart 8 Deluxe
  4. Splatoon 2
  5. Minecraft: Nintendo Switch Edition
  6. Stardew Valley
  7. Mario + Rabbids Kingdom Battle
  8. ARMS
  9. The Elder Scrolls V: Skyrim
  10. The Binding of Issac: Afterbirth+
  11. NBA 2K18
  12. Dragon Ball Xenoverse 2
  13. Fire Emblem Warriors
  14. LEGO City Undercover
  15. Sonic Mania
  16. Pokken Tournament DX
  17. 1-2 Switch
  18. FIFA 18
  19. Disgaea 5 Complete
  20. Rocket League

Buat masa ini tiada rantau rasmi untuk pengguna di Malaysia, dan berkemungkinan ramai yang menggunakan Amerika Utara sebagai rantau utama untuk Nintendo Switch – sekaligus berkemungkinan besar bentuk permainan yang dimainkan oleh pengguna tempatan juga mungkin lebih kurang sama.

Bagi anda yang memiliki Nintendo Switch, apakah permainan yang paling lama dimainkan anda? Bagi kami dengan jumlah jam lebih 100 jam, Breath of The Wild juga merupakan permainan paling lama kami mainkan di Nintendo Switch.


TIPS & ULASAN