Informasi Permainan Video Terkini
Furi Akan Dikeluarkan Untuk Nintendo Switch Pada 11 Januari

Furi Akan Dikeluarkan Untuk Nintendo Switch Pada 11 Januari

Diterbitkan pada Jan 5, 2018 oleh .

The Game Bakers, salah satu pembangun permainan kini telah mengumumkan yang mana permainan aksi Furi bakal hadir ke Nintendo Switch pada 11 Januari 2018 kelak. Bagi yang tidak mengenali akan Furi, ia telah sedia dikeluarkan untuk PC, PS4 dan Xbox One sejak 2016 yang lepas.

Furi menawarkan permainan aksi menembak dengan sudut pandang daripada bahagian atas. Walaupun mempunyai maklumbalas baik daripada pemain, ia boleh dikatakan sedikit kurang popular berbanding pelbagai permainan lain yang hadir pada tempoh lebih kurang sama.

Untuk pemilik Switch yang masih tidak bermain permainan ini, kami di Aksiz sangat mengesyorkan untuk anda mencubanya kerana Furi adalah satu permainan yang sangat menarik dan sangat bersesuaian untuk dimainkan secara mudah-alih secara kasual.

Dengan harga jualan $19.99 di eShop US, Furi versi Switch juga akan disertakan dengan DLC One More Fight.


TIPS & ULASAN