Informasi Permainan Video Terkini
Bandai Namco Mempertontonkan Bentuk Permainan Terbaru Buat Ni No Kuni II: Revenant Kingdom
PC

Bandai Namco Mempertontonkan Bentuk Permainan Terbaru Buat Ni No Kuni II: Revenant Kingdom

Diterbitkan pada Jan 4, 2018 oleh .

Pada Julai 2017 lepas, Bandai Namco mempertontonkan bentuk permainan bagi Ni No Kuni II: Revenant Kingdom yang mana ia memaparkan bentuk pertempuran buat permainan tersebut. Kini, Bandai Namco sekali lagi mempertontonkan trailer baru yang mempamerkan dua lagi bentuk pertempuran yang pemain akan hadapi ketika bermain permainan tersebut kelak.

Ni No Kuni II: Revenant Kingdom sebelum ini diumumkan bahawa permainan tersebut ditangguhkan kepada bulan Mac tahun ini tampaknya akan menyertakan pelbagai lagi bentuk permainan yang menarik.

Antara yang dikongsikan oleh Bandai Namco adalah bentuk pertempuran secara Over World dimana pemain berpeluang untuk bertempur bersama elemen strategi masa-nyata. Pemain juga akan berperang bersama infantri dimana mereka akan membantu pemain untuk merampas kawasan dan membina kerajaan mereka sendiri.

Ni No Kuni II: Revenant Kingdom ialah sekuel kepada Ni No Kuni: Wrath Of The White Witch di mana ia merupakan salah satu JRPG terbaik di konsol Playstation 3 pada tahun 2011 yang lepas. Kini permainan ini akan tiba di Playstation 4 dan PC pada 23 Mac 2018 ini.


TIPS & ULASAN