Informasi Permainan Video Terkini
Bandai Namco Mempertontonkan Video Permainan Ni No Kuni II Selama 29 Minit

Bandai Namco Mempertontonkan Video Permainan Ni No Kuni II Selama 29 Minit

Diterbitkan pada July 24, 2017 oleh .

Bandai Namco sebelum ini telah mempertontonkan permainan Ni No Kuni II : Revenant Kingdom pada acara E3 2017 yang lepas. Walaubagaimanapun, permainan yang dijadualkan untuk pelancaran tahun ini dilihat mengalami sedikit penangguhan, dan kini dijadualkan untuk pelancaran pada awal Januari 2018 kelak.

Terkini, Bandai Namco turut telah menerbitkan video demo penuh Ni No Kuni II pada saluran YouTube mereka, sekaligus memperlihatkan permainan berkenaan selama hampir 30 minit. Ia secara langsung turut memperlihatkan apakah yang pemain akan dapat cuba dan nikmati pada permainan berkenaan kelak.

Ni No Kuni II : Revenant Kingdom akan dilancarkan pada 19 Januari 2018 kelak untuk PlayStation 4 dan PC. Anda yang berminat turut boleh mencubanya pada acara PSX 2017 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Ogos ini.