Permainan JRPG Ni no Kuni II: Revenant Kingdom amat dinantikan peminat kerana kelihatan seperti siri animasi Ghibli. Ia pada awalnya mensasarkan jualan pada bulan ini tetapi telah ditangguh ke bulan Januari. Kepada peminat hari ini ada berita kurang menarik kerana ia sekali lagi ditangguhkan oleh Namco Bandai.
Tarikh pelancaran baru permainan ini ialah 23 Mac 2018 pada PlayStation 4 dan PC. Menurut presiden LEVEL-5 yang membangunkan permainan ini, penangguhan dilakukan bagi memastikan permainan sampai ke tangan peminat dalam kualiti rekaan yang terbaik. Bagi mengurangkan kekecewaan mereka mengumumkan mod baru Skirmish dan Kingdom. Sebuah trailer baru dalam bahasa Jepun juga diperlihatkan.