Informasi Permainan Video Terkini
(Ura-Ura) DLC Baru Untuk Mario + Rabbids Kingdom Battle Akan Dikeluarkan Pada Bulan Jun

(Ura-Ura) DLC Baru Untuk Mario + Rabbids Kingdom Battle Akan Dikeluarkan Pada Bulan Jun

Diterbitkan pada Jan 4, 2018 oleh .

Secara rasmi Mario + Rabbids Kingdom akan dikeluarkan di pasaran Jepun pada 18 Januari 2018 tetapi berdasarkan dari kuciran Switch Nindies kemungkinan DLC cerita tambahan untuk permainan ini akan dikeluarkan pada 30 Jun berdasarkan penyenaraian di dalam Nintendo eShop Jepun.

Jika tarikh tersebut adalah tepat, kemungkinan besar tarikh yang sama juga akan dilancarkan buat pasaran lain.  Mario + Rabbids Kingdom merupakan kolaborasi yang mengejutkan antara Nintendo dan Ubisoft dengan bentuk permainan strategi secara turutan yang dihasilkan dengan sangat baik.

Dengan pernambahan kandungan terbaru buat permainan tersebut, kami di Aksiz juga tidak sabar untuk mencuba pernambahan terbaru buat permainan Mario + Rabbids Kingdom Battle.