Informasi Permainan Video Terkini
Sepia GO! Permua Seakan Permainan Splatoon Di Android

Sepia GO! Permua Seakan Permainan Splatoon Di Android

Diterbitkan pada Jan 4, 2018 oleh .

Bukan sesuatu yang baru permua atau permainan yang dihasilkan oleh syarikat dari China meniru permainan yang lain.  Kali ini Splatoon 2 keluaran Nintendo menjadi mangsa seterusnya.

Sepia GO! adalah permua yang sangat jelas meniru Splatoon 2.  Mengikut sumber di Facebook, permua ini hanya dikeluarkan untuk Android di Xiaomi Market tetapi ia kini sudah ditarik dan tidak lagi boleh dimainkan.

Video bentuk permainan sepia GO! boleh ditonton dibawah yang mana jelas ia mempunyai bentuk permainan yang sama seperti Splatoon dengan keupayaan untuk berenang di dalam genangan lopak cat tersebut.

Walaupun ini permua ini sememangnya tidak akan menjejaskan jualan Splatoon 2, tetapi kami tidak terkejut jika Nintendo akan mengambil tindakan ke atas syarikat yang bertanggungjawab mengeluarkan permua ini yang mana sebelum ini Nintendo sangat bertegas dengan hak milik intelek permainan mereka.