Informasi Permainan Video Terkini
Malaysia Cyber Games 2018 Turut Mempertandingkan Permainan PUBG

Malaysia Cyber Games 2018 Turut Mempertandingkan Permainan PUBG

Diterbitkan pada Jan 3, 2018 oleh .

Bagi anda yang mengikuti arena e-sukan, mungkin sedia maklum yang mana pertandingan tahunan Malaysia Cyber Games 2018 akan diadakan pada pertengahan Januari 2018 ini. Sejumlah permainan yang dipertandingkan telah dibuka pendaftarannya sebelum ini, dan kini penganjurnya turut menambah satu lagi permainan baru untuk dipertandingkan, iaitu PlayerUnknown’s Battlegrounds atau PUBG.

MCG 2018 - PUBG

Permainan PUBG di Malaysia Cyber Games akan diadakan pada 14 Januari 2018, dimana ia akan memperlihatkan sebanyak 25 pasukan bertanding – dan 6 perlawanan akan diadakan. Pemenang akan dipilih berdasarkan skor tertinggi hasil gabungan kesemua perlawanan.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftar untuk menyertai PUBG di Malaysia Cyber Games 2018 hari ini.

Daftar : Malaysia Cyber Games 2018 PUBG